Friday, January 29, 2010
Salam Semua...
Terlalu lama rasanya blog ini tidak di update...pelbagai tarikh penting telah terlepas seperti Hari Raya Aidilfitri, Aidil Adha dan Tahun Baru..Di dalam tempoh tersebut pelbagai perkara telah berlaku bagi Zam Ladang Ternak..
Pokok Napier yang kami tanam telah menunjukkan hasil..berkat khidmat nasihat dan panduan daripada otai-otai semua..Kami juga telah memiliki mesin chopper bagi tujan penghasilan silaj..
Kami juga telah menaiktaraf kandang kami dimana kini berkapasiti 70~80 ekor pada satu-satu masa..ianya juga dilengkapi dengan wad-wad bagi tujuan pengasingan induk yang bunting, pejantan dan anak-anak kambing..Terima kasih kepada Pertubuhan Peladang yang sudi memberi sedikit pinjaman bagi tujaun naik taraf ini..
Dalam tempoh yang lama ini juga kami telah melakukan beberapa siri lawatan ke kandang-kandang rakan-rakan ternakan kambing..Di sini kami berpeluang berbincang dan bertukar-tukar pendapat bagi mendapatkan pengetahuan serta berkonsi pengalaman masing - masing..
Selain darpada itu, kami juga sedang mengumpul anak boer betina lepas cerai susu bagi tujuan induk. Ini adalah kerana kemampuan kewangan kami yang agak terhad untuk memiliki induk2 boer matang yang harganya jauh lebih tinggi..
Insya Allah hingga bertemu lagi dengan lain-lain laporan kemajuan projek kecil ternakan kambing kami untuk dikongsi bersama anda tuan/puan semua.....
Wasalam....
Tuesday, August 25, 2009
Salam Ramadhan Al- Mubarak dan Kunjungan ke Agro Gemilang Farm
Baru-baru ini beliau telah melakukan kunjungan untuk mencari kambing boer untuk diakikahkan di Agro Gemilang Farm, Banting pada 29 Julai 2009 yang lalu. Hadir ke ladang yang dipenuhi dengan kambing boer sebayak 700 ratus ekor tersangat la mengujakan..Mengikut perancangan Agro Gemilang Farm..1000 ekor boer bakal menjadi penghuni tetap pada hujung tahun ini memandangkan kandang terbaru yang berbetuk 'L' Shape telah pun siap dibina. Fasiliti yang cukup lengkap dimana merangkumi rumah pekerja, rumah pengurus ladang, garaj, tandas, pagar, bekalan elektrik, bekalan air serta menara kawalan. Saya menggagarkan keluasan Farm ini lebih daripada 3 ekar ataupun sebesar padang bola. Pelan, susun atur serta penggunaan ruang yang telah digunakan sebaik mungkin serta effisyen telah mampu menempatkan farm ini lebih daripada 1000 ekor kambing pada satu-satu masa.
Selamat menunaikan ibdah puasa semua....
Tuesday, February 17, 2009
Lawatan Ke SGI Farm
Teruja kami melihat ladang mereka telah dilengkapi dengan fasiliti yang sempurna untuk penternakan kambing dalam anggran 150 ~200 ekor.
Rumah pekerja yang selesa, kawasan yang luas dan menghijau rumput-rumput napier yang telah sedia untuk di tuai ( 1~2 ekar ), sistem perpaipan ( nipple) untuk minuman kambing, kandang kambing yang cantik serta mesin chopper. Semua fasiliti ini telah cukup sempurna. Kami juga sedih mendengar keluhan Sharul berkenaan kelewatan ketibaan kambing-kambing yang mereka tempah. Untuk menghilangkan rasa sunyi kandang mereka, mereka telah membeli 1 ekor pejantan dan 6 ekor induk.
Melihatkan fasiliti dan kelengkapan yang mereka ada membuatkan kami juga bercita-cita untuk menaiktaraf kandang kami. Walaubagaimanapun, disebabkan faktor kos cita-cita tersebut terpaksa di pendam terlebih dahulu. Kami juga sedang menunggu peruntukan pinjaman dari Persatuan Peladang bagi merealisasikan cita-cita kami. Bagi penanaman rumput napier pula, kami sedang menunggu kelulusan permohonan daripada Jabatan Haiwan.
Bercerita berkenaan dengan kos permulaan, beliau memaklumkan bahawa kos yang telah dikeluarkan adalah hampir RM 120K. Mengikut pandangan mata kasar, kos tersebut adalah munasabah memandangkan ianya termasuk kos bagi tempahan kambing dari aussie.
Mereka juga mempunyai seorang pekerja Indon yang mempunyai pengalaman dalam ternakan kambing. termasuk seorang pengurus ladang ( Saiful ) yang menetap bersama di ladang tersebut.
Gambar disebelah nih menunjukkan rumput napier di dalam ladang mereka yang menghijau. Kami berpendapat kos bagi makanan kambing SGI Farm dapat dikurangkan dengan adanya penanaman rumput napier seperti ini.
Memandangkan rumput napier juga mempunyai kandungan nutrien yang terbaik untuk kambing, sememangnya wajar bagi setiap penternak mempunyai tanaman napier mereka sendiri dan tidak hanya bergantung sepenunhnya kepada makanan proses lain kerana ianya dapat menjimatkan kos operasi dan memberikan makanan yang terbaik untuk kambing - kambing mereka.
Sharul juga bercerita tentang pengalaman mereka menanam rumput napier dimana disebabkan kurang pengalaman, mereka telah melakukan kesilapan semasa menanam rumput napier. Beliau memaklumkan dimana terdapat pelbagai spesis rumput napier sebenarnya. Yang terbaik adalah rumput napier taiwan. Pada mulanya mereka telah menanam bukan rumput napier taiwan, hasil maklumat rakan-rakan penternak baru mereka sedari kesilapan tersebut.
Mereka juga pada mulanya mengalami masalah semasa penanaman rumput napier disebabkan lokasi dan tapak penanaman adalah bekas sawah. Oleh yang demikian, mereka terpaksa melakukan ' soil treatment' bagi memulikan tanah tersebut. Banyak juga pengalaman yang dapat kami berkongsi dengan mereka.
Hampir 3 jam kami di ladang mereka, dan bermacam2 cerita dapat dikongsi bersama. Terima kasih kepada Sharul, Saiful dan juga En. Norman ( walaupun tak sempat nak jumpa ). Semoga terus maju dalam bidang penternakan ini.
Wednesday, January 21, 2009
Kelahiran 5 ekor anak kambing
Umur ku baru seminggu..lihat la saiz tubuhku ini..hehe
Kambing-kambing di Zam Ladang Ternak
Makan Time!!!
Untuk Dijual..
1 ekor Seanan dan 2 ekor Kampung..
Pihak Jabatan Haiwan telah hadir ke lokasi tersebut dan akan memberi sedikit bantuan dalam bentuk benih rumput Napier untuk ladang ini tidak lama lagi..Diharap dengan penanaman rumput ini akan dapat menjimatkan kos makanan disamping ianya memberikan khasiat dan nutrien yang terbaik untuk kambing-kambing Zam Ladang ternak..Saya juga memohon komen, cadangan serta nasihat daripada penternak-penternak kambing di Malaysia yang berjaya dan berpengalaman untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman..
Wednesday, January 14, 2009
- Maklumat ini saya ambil dari blog rakan-rakan penternak untuk dikongsi bersama
Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di
Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:
- Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.
- Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.
Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing
adalah:
- Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
- Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
- Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
- Tidak terkena angin yang kencang
- Terpelihara dari hujan dan panas
- Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
- Ruang makan dan minum mencukupi
- Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang
PEMBINAAN KANDANG
Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.
Lantai
- Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
- tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
- mudah dicuci
- tidak licin
- tidak mencederakan
- tidak mudah lembab
- Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
- Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).
Dinding
- Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
- Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
- Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 - 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
- Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.
Bumbung
Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:
- Nipah - bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
- Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.
- Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
- Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.
Palung Makanan
Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.
Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 - 1.4 meter persegi ( 8 - 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.
Bagi memaksimumkan keuntungan, kita perlu jimatkan kos buat kandang. Jangan guna terlalu banyak kayu. Seorang penternak telah menghabiskan RM 80,000 untuk membuat kandang, sedangkan kambingnya hanyalah 50 ekor. Dia menggunakan kayu basah iaitu kayu hutan yang dibelah.
Keluasan untuk seekor kambing hanya 4’X2’ biasanya dengan keluasan 10’X10 dapat memuatkan 15 ekor kambing. Berikut adalah harga semasa kayu bagi setiap kaki bagi memudahkan korang menentukan buget buat kandang;
4X4=RM4.00
2X4=RM1.60
2X3=RM1.30
1X6=RM0.50 (Kayu Reject)
1X2=RM0.35
1X2=RM0.25 (Kayu Reject)
2X2=RM0.60
1X0.5=RM0.17
Zink = RM1.80 (Lebar 3’)
Pagar 3’=RM50.00/segulung (45’)
Pagar 4’=RM75.00/segulung (45’)
Pasir=RM130.00/selori
Simen=RM12.00/sebeg
Bata=RM150/satu ikat (1,000 biji)
Mesen Chooper – Deisel = RM4,800.00
Panjang maksimum kayu yang dijual adalah 22’. Kayu tidak dijual untuk panjang nombor ganjil – panjang kayu yang dijual ialah 8’,10’,12’ …20’ dan 22’ sahaja.
Adalah lebih baik kita buat sendiri kandang tersebut, kerana upah untuk membuat kandang biasanya tukang kayu akan charge 1 kali dari harga barang. Kalau terpaksa, kita just upah untuk membuat bumbung sahaja dan kita bagi bayaran mengikut hari bekerja, biasanya RM60-RM80 sehari. Selebihnya ie pasang dinding dan lantai kita boleh buat sendiri atau suruh pekerja kambing yang buat sementara kambing tak masuk lagi. Untuk tiang, lebih murah gunakan batu-bata. 5 beg simen untuk 24 batang tiang yang tingginya 6’, atau nak jimat lagi buat kayu 2X4 yang diikat dua so dia jadi 4X4.
Dibawah merupakan plan kandang kambing yang dapat menempatkan 250 ekor kambing dalam satu masa.
Saturday, January 10, 2009
Kumpulan Boer Pertama di Zam Ternak
Hari ini adalah dalam sejarah bagi Zam Ladang Ternak Enterprise dimana 3 ekor induk kambing boer telah hadir untuk menyerikan lagi kandang kami. 3 ekor kambing itu di beli daripada Agro Gemilang Farm Simpang Ampat Melaka ( Terima kasih kepada Abg Hamdan dan Kak Ida ).
Sehingga ke hari ini telah ada 50 ekor kambing di kandang kami. Kami bercita-cita untuk memperbesarkan lagi kandang dan menambah bilangan kambing yang sedia ada.
Saiz 3 ekor kambing boer tersebut sangat mengujakan kami yang baru pertama kali menternak kambing Boer. Menurut kak Ida juga kambing-kambing tersebut mungkin bunting dan akan melahirkan anak kambing dalam tempoh 3-4 bulan lagi. Perghh..tak sabar rasanya menantikan kelahiran pertama anak-anak boer di sini..Dibawah adalah gambar semasa proses pembelian dan membawa ke kandang di Masjid Tanah Melaka..