Tuesday, August 25, 2009

Salam Ramadhan Al- Mubarak dan Kunjungan ke Agro Gemilang Farm


Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan semua. Telah lama sangat tak update blog nih ekoran rakan yang rajin mengupdate blog ini telah berpindah ke Selangor sejak bulan Mac 2009.

Baru-baru ini beliau telah melakukan kunjungan untuk mencari kambing boer untuk diakikahkan di Agro Gemilang Farm, Banting pada 29 Julai 2009 yang lalu. Hadir ke ladang yang dipenuhi dengan kambing boer sebayak 700 ratus ekor tersangat la mengujakan..Mengikut perancangan Agro Gemilang Farm..1000 ekor boer bakal menjadi penghuni tetap pada hujung tahun ini memandangkan kandang terbaru yang berbetuk 'L' Shape telah pun siap dibina. Fasiliti yang cukup lengkap dimana merangkumi rumah pekerja, rumah pengurus ladang, garaj, tandas, pagar, bekalan elektrik, bekalan air serta menara kawalan. Saya menggagarkan keluasan Farm ini lebih daripada 3 ekar ataupun sebesar padang bola. Pelan, susun atur serta penggunaan ruang yang telah digunakan sebaik mungkin serta effisyen telah mampu menempatkan farm ini lebih daripada 1000 ekor kambing pada satu-satu masa.



Gambar (atas) pada jam 6 petang ini diambil daripada kandang yang baru siap dibina. Mempunyai 5 orang pekerja dan 1 orang Penolong Pengurus Ladang setiap masa. Malam siap ada night shift di menara kawalan untuk mengelakkan berlakunya kecurian. Lupa nak amik gambar Menara Kawalan. Lihat lah kandang baru (pic bawah) yang masih lagi kosong yang mana dijangka boleh memuatkan hingga 400 ~ 500 ekor kambing lagi.








Disebelah atas merupakan antara Pejantan FB yang digunakan untuk breeding program mereka.



berikut pula merupakan antara hasil breeding program yang dijalankan.



Gambar atas pula merupakan anak-akan kambing yang berjaya meloloskan diri dari kandang dan bermain-main di laman ladang. Lihat lah jumlah daun sawit yang digunakan untuk satu petang sahaja.




Gambar atas merupakan En.Fendi sebagai Pen.Pengurus Ladang sedang berbual dangan adik Imran yang asyik bermain dangan anak-anak kambing yang berkeliaran dan jinak di laman Ladang Agro Gemilang Farm. Hampir sejam di sana mereka pun pulang.. Antara pengalaman yang tak dapat dilupakan. Terima kasih kepada En. Azli dan En. Fendi. Semoga terus maju jaya dalam bidang ternakan kambing boer ini. Kami dari Zam Ladang Ternak amat berinspirasi untuk ketahap yang dicapai seperti Agro Gemilang Farm...

Selamat menunaikan ibdah puasa semua....

Tuesday, February 17, 2009

Lawatan Ke SGI Farm

Salam..kerana kesibukan tak sempat nak update blog nih..aktiviti terbaru kami adalah melawat SGI Farm di Bukit Rambai Melaka pada 31 Jan 2009. Kami di sambut mesra oleh adik En. Norman iaitu Shahrul.

Teruja kami melihat ladang mereka telah dilengkapi dengan fasiliti yang sempurna untuk penternakan kambing dalam anggran 150 ~200 ekor.

Rumah pekerja yang selesa, kawasan yang luas dan menghijau rumput-rumput napier yang telah sedia untuk di tuai ( 1~2 ekar ), sistem perpaipan ( nipple) untuk minuman kambing, kandang kambing yang cantik serta mesin chopper. Semua fasiliti ini telah cukup sempurna. Kami juga sedih mendengar keluhan Sharul berkenaan kelewatan ketibaan kambing-kambing yang mereka tempah. Untuk menghilangkan rasa sunyi kandang mereka, mereka telah membeli 1 ekor pejantan dan 6 ekor induk.


Melihatkan fasiliti dan kelengkapan yang mereka ada membuatkan kami juga bercita-cita untuk menaiktaraf kandang kami. Walaubagaimanapun, disebabkan faktor kos cita-cita tersebut terpaksa di pendam terlebih dahulu. Kami juga sedang menunggu peruntukan pinjaman dari Persatuan Peladang bagi merealisasikan cita-cita kami. Bagi penanaman rumput napier pula, kami sedang menunggu kelulusan permohonan daripada Jabatan Haiwan.

Bercerita berkenaan dengan kos permulaan, beliau memaklumkan bahawa kos yang telah dikeluarkan adalah hampir RM 120K. Mengikut pandangan mata kasar, kos tersebut adalah munasabah memandangkan ianya termasuk kos bagi tempahan kambing dari aussie.

Mereka juga mempunyai seorang pekerja Indon yang mempunyai pengalaman dalam ternakan kambing. termasuk seorang pengurus ladang ( Saiful ) yang menetap bersama di ladang tersebut.

Gambar disebelah nih menunjukkan rumput napier di dalam ladang mereka yang menghijau. Kami berpendapat kos bagi makanan kambing SGI Farm dapat dikurangkan dengan adanya penanaman rumput napier seperti ini.

Memandangkan rumput napier juga mempunyai kandungan nutrien yang terbaik untuk kambing, sememangnya wajar bagi setiap penternak mempunyai tanaman napier mereka sendiri dan tidak hanya bergantung sepenunhnya kepada makanan proses lain kerana ianya dapat menjimatkan kos operasi dan memberikan makanan yang terbaik untuk kambing - kambing mereka.

Sharul juga bercerita tentang pengalaman mereka menanam rumput napier dimana disebabkan kurang pengalaman, mereka telah melakukan kesilapan semasa menanam rumput napier. Beliau memaklumkan dimana terdapat pelbagai spesis rumput napier sebenarnya. Yang terbaik adalah rumput napier taiwan. Pada mulanya mereka telah menanam bukan rumput napier taiwan, hasil maklumat rakan-rakan penternak baru mereka sedari kesilapan tersebut.

Mereka juga pada mulanya mengalami masalah semasa penanaman rumput napier disebabkan lokasi dan tapak penanaman adalah bekas sawah. Oleh yang demikian, mereka terpaksa melakukan ' soil treatment' bagi memulikan tanah tersebut. Banyak juga pengalaman yang dapat kami berkongsi dengan mereka.

Hampir 3 jam kami di ladang mereka, dan bermacam2 cerita dapat dikongsi bersama. Terima kasih kepada Sharul, Saiful dan juga En. Norman ( walaupun tak sempat nak jumpa ). Semoga terus maju dalam bidang penternakan ini.

Wednesday, January 21, 2009

Kelahiran 5 ekor anak kambing

Salam..minggu lepas sahaja telah lahir 5 ekor anak-anak kambing hasil Pejantan Jamnapari dan Induk2 cross Zam Ladang Ternak..Kelima-lima anak kambing tersebut adalah jantan..Alhamdulillah...Berikut adalah gambar anak-anak kambing tersebut..


Mari kita menyusu...


Umur ku baru seminggu..lihat la saiz tubuhku ini..hehe


Kambing-kambing di Zam Ladang Ternak


Makan Time!!!


Untuk Dijual..
1 ekor Seanan dan 2 ekor Kampung..

Selain daripada itu, Zam Ladang Ternak juga sedang dalam proses pembersihan kawasan tanah berhampiran kandang bagi tujuan penanaman rumput Napier Taiwan..Kawasan tersebut satu masa dahulu adalah sawah padi..anggaran keluasan adalah 1 ekar..kawasan tersebut sedikit berair dan air dari kawasan tersebut perlu di keluarkan terlebih dahulu..parit tanah sekeliling kawasan tersebut telah dikorek bagi memudahkan air keluar dari kawasan tersebut..

Pihak Jabatan Haiwan telah hadir ke lokasi tersebut dan akan memberi sedikit bantuan dalam bentuk benih rumput Napier untuk ladang ini tidak lama lagi..Diharap dengan penanaman rumput ini akan dapat menjimatkan kos makanan disamping ianya memberikan khasiat dan nutrien yang terbaik untuk kambing-kambing Zam Ladang ternak..Saya juga memohon komen, cadangan serta nasihat daripada penternak-penternak kambing di Malaysia yang berjaya dan berpengalaman untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman..


Kawasan cadangan penanaman Rumput Napier ..


Antara rumput napier yang ada di tanam di sekitar kandang..

Wednesday, January 14, 2009

PANDUAN PERUMAHAN KAMBING
- Maklumat ini saya ambil dari blog rakan-rakan penternak untuk dikongsi bersama

Perumahan adalah perlu untuk pemeliharaan kambing di Malaysia. Ini adalah kerana keadaan cuaca melampau seperti hujan dan panas terik menyebab kambing-kambing perlukan perlindungan.

Kedudukan rumah/kandang-kandang ini boleh dibuat supaya:

  • Mengurangkan keperluan bergerak terutama dalam memberi makanan. Contohnya, kawasan ragut /sumber makanan (stor) mestilah dekat dengan kandang jika boleh.
  • Jika hendak membina lebih dari satu kandang, jarak di antara dua kandang hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan lebar kandang tersebut. Ini adalah untuk menjauhkan jangkitan penyakit.

Apabila membina kandang keperluan-keperluan yang penting untuk menentukan kesihatan dan kesejahteraan kambing-kambing

adalah:

  • Sistem pengudaraan yang baik bagi menyejukan udara di dalam kandang
  • Membenarkan cahaya matahari yang cukup untuk masuk ke dalam kandang terutama matahari pagi. Kedudukan kandang arah Utara-Selatan
  • Tidak mudah menjadi lembab. Sistem perparitan yang baik di sekeliling kandang
  • Tidak terkena angin yang kencang
  • Terpelihara dari hujan dan panas
  • Kotoran/najis dapat dikumpulkan dan diangkut keluar
  • Ruang makan dan minum mencukupi
  • Lantai adalah sesuai dan tidak membahayakan ternakan, seperti terseliuh atau patah tulang
Bagi membina sebuah kandang kambing yang baik faktor-faktor suhu, cahaya, pengudaraan dan kelembapan yang sesuai di dalam kandang adalah penting. Perubahan suhu, pengudaraan dan kelembapan yang ketara membawa kesan buruk kepada kambing contohnya sebaran penyakit. Jadi sebelum membina sesebuah kandang kambing yang baik pastikan keempat-empat faktor yang tersebut adalah bertepatan.

PEMBINAAN KANDANG

Kandang boleh dibuat di atas tanah ataupun secara berlantai. Pembinaan kandang yang berlantai tinggi dari tanah adalah disyorkan kerana mempunyai sistem pengedaran udara yang baik dan juga senang dicuci.

Lantai

  • Di dalam pembinaan kandang, lantai yang dibuat hendaklah:
  • tahan lama - misalnya tahan dari semburan bahan kimia dan air kencing
  • mudah dicuci
  • tidak licin
  • tidak mencederakan
  • tidak mudah lembab
  • Lantai hendaklah dibuat dari bahan yang sesuai seperti beroti yang berukuran 1.5 s.m. (tebal) dan 3.5 s.m. (Lebar), buluh atau batang pinang yang dibelah, anak-anak kayu dan juga papan biasa. Supaya kencing dan najis senang jatuh ke bawah, kayu atau papan lantai diatur dengan jarak 1.2 - 1.8 s.m. tiap-tiap satu. (Jika terlampau luas berkemungkinan kaki anak kambing akan tersepit).
  • Luas kawasan lantai untuk satu ekor kambing dewasa ialah di antara 0.7 - 1.4 meter persegi (8 - 15 kaki persegi).

Dinding

  • Dinding hendaklah dibuat dari bahan yang tahan lasak. Ini adalah kerana kambing mempunyai tabiat suka menanduk, menggigit dan menggeser dinding. Bahan-bahan yang boleh digunakan ialah buluh, kayu bulat (kayu hutan) dan papan.
  • Dinding boleh dibahagikan kepada dua bahagian:
  • Dari lantai sehingga kira-kira 1 m ke atas boleh dibuat daripada papan, dengan jarak yang lebih rapat antara 1.5 - 2.0 s.m. yang memerlukan ruang yang agak tertutup untuk mengelakkan kesejukan.
  • Di atasnya boleh digunakan kayu beroti, buluh atau nipah dan anak-anak kayu. Jaraknya di antara satu dengan yang lain 9 - 12 s.m.

Bumbung
Bahan-bahan yang boleh dibuat bumbung termasuklah:

  • Nipah - bagus untuk sistem pengedaran udara dan lebih menyejukkan. (Pada umumnya terdapat kejadian kambing memakan serpihan nipah).
  • Zink - mudah dipasang tetapi boleh menyebabkan suhu kandang terlalu panas, terutamanya jika tidak ada pokok-pokok pelindung sekitarnya. Jika menggunakan atap zink, ruang di antara lantai dan bumbung hendaklah ditinggikan untuk pengedaran udara yang baik.
  • Asbestos - bahan yang paling baik untuk dijadikan bumbung tetapi ianya mahal sedikit. Ia tidak saja menyejukkan tetapi juga tidak mudah terbakar.
  • Aluminium - dapat mengurangkan kesan haba tetapi harga agak mahal.

Palung Makanan

Palung makanan boleh dibuat sama ada di bahagian luar ataupun bahagian dalam iaitu di sepanjang jalan tengah. Lebar palung bahagian bawah ialah 0.3 m dan 0.45 m di bahagian atas. Bagi kandang yang tiada palung makanan, rumput boleh diikat atau digantung di tengah-tengah kandang kira-kira 0.5 m dari paras lantai. Bekas abuk (konsentrat) boleh dibina di bawah palung rumput atau di mana-mana tempat di dalam kandang atau diisi di dalam besen. Air yang cukup dan bersih hendaklah disediakan di dalam baldi atau besen.

Bagi merendahkan kos membina kandang kambing, bahan-bahan digunakan mestilah murah dan tahan lama. Sumber-sumber asli seperti buluh, kayu bulat, nipah rumbia dan sebagainya boleh juga digunakan. Kambing memerlukan ruang lantai 0.7 - 1.4 meter persegi ( 8 - 15 kaki persegi) untuk seekor. Kandang untuk penternakan secara komersil memerlukan kos yang tinggi.

Kandang Kambing

Bagi memaksimumkan keuntungan, kita perlu jimatkan kos buat kandang. Jangan guna terlalu banyak kayu. Seorang penternak telah menghabiskan RM 80,000 untuk membuat kandang, sedangkan kambingnya hanyalah 50 ekor. Dia menggunakan kayu basah iaitu kayu hutan yang dibelah.

Keluasan untuk seekor kambing hanya 4’X2’ biasanya dengan keluasan 10’X10 dapat memuatkan 15 ekor kambing. Berikut adalah harga semasa kayu bagi setiap kaki bagi memudahkan korang menentukan buget buat kandang;

4X4=RM4.00
2X4=RM1.60
2X3=RM1.30
1X6=RM0.50 (Kayu Reject)
1X2=RM0.35
1X2=RM0.25 (Kayu Reject)
2X2=RM0.60
1X0.5=RM0.17
Zink = RM1.80 (Lebar 3’)
Pagar 3’=RM50.00/segulung (45’)
Pagar 4’=RM75.00/segulung (45’)

Pasir=RM130.00/selori
Simen=RM12.00/sebeg
Bata=RM150/satu ikat (1,000 biji)
Mesen Chooper – Deisel = RM4,800.00

Panjang maksimum kayu yang dijual adalah 22’. Kayu tidak dijual untuk panjang nombor ganjil – panjang kayu yang dijual ialah 8’,10’,12’ …20’ dan 22’ sahaja.

Adalah lebih baik kita buat sendiri kandang tersebut, kerana upah untuk membuat kandang biasanya tukang kayu akan charge 1 kali dari harga barang. Kalau terpaksa, kita just upah untuk membuat bumbung sahaja dan kita bagi bayaran mengikut hari bekerja, biasanya RM60-RM80 sehari. Selebihnya ie pasang dinding dan lantai kita boleh buat sendiri atau suruh pekerja kambing yang buat sementara kambing tak masuk lagi. Untuk tiang, lebih murah gunakan batu-bata. 5 beg simen untuk 24 batang tiang yang tingginya 6’, atau nak jimat lagi buat kayu 2X4 yang diikat dua so dia jadi 4X4.

Dibawah merupakan plan kandang kambing yang dapat menempatkan 250 ekor kambing dalam satu masa.

Kandang Kambing- untuk 250 EKOR


Pelan (1)

Pelan (2)


Pelan (3)

Pelan (4)


Pelan (5)

Saturday, January 10, 2009

Kumpulan Boer Pertama di Zam Ternak

Salam Semua..

Hari ini adalah dalam sejarah bagi Zam Ladang Ternak Enterprise dimana 3 ekor induk kambing boer telah hadir untuk menyerikan lagi kandang kami. 3 ekor kambing itu di beli daripada Agro Gemilang Farm Simpang Ampat Melaka ( Terima kasih kepada Abg Hamdan dan Kak Ida ).

Sehingga ke hari ini telah ada 50 ekor kambing di kandang kami. Kami bercita-cita untuk
memperbesarkan lagi kandang dan menambah bilangan kambing yang sedia ada.

Saiz 3 ekor kambing boer tersebut sangat mengujakan kami yang baru pertama kali menternak kambing Boer. Menurut kak Ida juga kambing-kambing tersebut mungkin bunting dan akan melahirkan anak kambing dalam tempoh 3-4 bulan lagi. Perghh..tak sabar rasanya menantikan kelahiran pertama anak-anak boer di sini..Dibawah adalah gambar semasa proses pembelian dan membawa ke kandang di Masjid Tanah Melaka
..

Bermain dengan anak boer yang baru berusia seminggu di Angro Gemilang Farm


Ujang bakal Pejantan lahir dari breeding program Gemilang Farm ( Umo baru 3 Bulan weii..dah menggatal tu..tapi bukan untuk dijual)


Abang hamdan dan pekerjanya sedang berusaha membawa kambing ke kenderaan


Ayen membawa masuk induk boer ke kandang di Masjid Tanah


Apa ushar2..ada utang er?


3 dara pingitan Zam Ladang Ternak


Zam sedang menjamu selera kambing 2nyer

Welcome

Selamat Datang ke Zam Ladang Ternak....!!!!!