Tuesday, February 17, 2009

Lawatan Ke SGI Farm

Salam..kerana kesibukan tak sempat nak update blog nih..aktiviti terbaru kami adalah melawat SGI Farm di Bukit Rambai Melaka pada 31 Jan 2009. Kami di sambut mesra oleh adik En. Norman iaitu Shahrul.

Teruja kami melihat ladang mereka telah dilengkapi dengan fasiliti yang sempurna untuk penternakan kambing dalam anggran 150 ~200 ekor.

Rumah pekerja yang selesa, kawasan yang luas dan menghijau rumput-rumput napier yang telah sedia untuk di tuai ( 1~2 ekar ), sistem perpaipan ( nipple) untuk minuman kambing, kandang kambing yang cantik serta mesin chopper. Semua fasiliti ini telah cukup sempurna. Kami juga sedih mendengar keluhan Sharul berkenaan kelewatan ketibaan kambing-kambing yang mereka tempah. Untuk menghilangkan rasa sunyi kandang mereka, mereka telah membeli 1 ekor pejantan dan 6 ekor induk.


Melihatkan fasiliti dan kelengkapan yang mereka ada membuatkan kami juga bercita-cita untuk menaiktaraf kandang kami. Walaubagaimanapun, disebabkan faktor kos cita-cita tersebut terpaksa di pendam terlebih dahulu. Kami juga sedang menunggu peruntukan pinjaman dari Persatuan Peladang bagi merealisasikan cita-cita kami. Bagi penanaman rumput napier pula, kami sedang menunggu kelulusan permohonan daripada Jabatan Haiwan.

Bercerita berkenaan dengan kos permulaan, beliau memaklumkan bahawa kos yang telah dikeluarkan adalah hampir RM 120K. Mengikut pandangan mata kasar, kos tersebut adalah munasabah memandangkan ianya termasuk kos bagi tempahan kambing dari aussie.

Mereka juga mempunyai seorang pekerja Indon yang mempunyai pengalaman dalam ternakan kambing. termasuk seorang pengurus ladang ( Saiful ) yang menetap bersama di ladang tersebut.

Gambar disebelah nih menunjukkan rumput napier di dalam ladang mereka yang menghijau. Kami berpendapat kos bagi makanan kambing SGI Farm dapat dikurangkan dengan adanya penanaman rumput napier seperti ini.

Memandangkan rumput napier juga mempunyai kandungan nutrien yang terbaik untuk kambing, sememangnya wajar bagi setiap penternak mempunyai tanaman napier mereka sendiri dan tidak hanya bergantung sepenunhnya kepada makanan proses lain kerana ianya dapat menjimatkan kos operasi dan memberikan makanan yang terbaik untuk kambing - kambing mereka.

Sharul juga bercerita tentang pengalaman mereka menanam rumput napier dimana disebabkan kurang pengalaman, mereka telah melakukan kesilapan semasa menanam rumput napier. Beliau memaklumkan dimana terdapat pelbagai spesis rumput napier sebenarnya. Yang terbaik adalah rumput napier taiwan. Pada mulanya mereka telah menanam bukan rumput napier taiwan, hasil maklumat rakan-rakan penternak baru mereka sedari kesilapan tersebut.

Mereka juga pada mulanya mengalami masalah semasa penanaman rumput napier disebabkan lokasi dan tapak penanaman adalah bekas sawah. Oleh yang demikian, mereka terpaksa melakukan ' soil treatment' bagi memulikan tanah tersebut. Banyak juga pengalaman yang dapat kami berkongsi dengan mereka.

Hampir 3 jam kami di ladang mereka, dan bermacam2 cerita dapat dikongsi bersama. Terima kasih kepada Sharul, Saiful dan juga En. Norman ( walaupun tak sempat nak jumpa ). Semoga terus maju dalam bidang penternakan ini.

No comments:

Post a Comment